stories official twitter +follow

20121218

Oh My God [Oneshot]

Click here to read characters

             Bershopping ialah rutin harian 'TaeTiSeo' . Ha, siapa 'TaeTiSeo' ? Ia terdiri dari aku, Tiffany dan Seohyun . Dari mana kitaorang dapat nama yang awesome tuh ? Okay , 'Tae' ialah singkatan dari nama aku, Taeyeon. 'Ti' pula ialah singkatan dari nama Tiffany . Dan 'Seo' pula ialah singkatan dari nama Seohyun . Bijak kan kitaorang nih? hahaha. Kitaorang bersyukur kerana dipertemukan dan boleh jadi bestfriend terus. Wow! Dan ayat yang selalu kami sebut ..

            " OMG! This world is really great and awesome! Hihi . " kata Tiffany sambil membuat gaya yang teruja.

            " Yes! You're right! " sambung aku pula.

            Ayat yang keluar dari mulut Tiffany itu tadilah ayat yang selalu kami sebutkan kalau terjumpa barang yang 'awesome' lol atau apa - apa yang 'awesome' . hahaha .

           " Omo! Taeyeon! cuba kau tengok baju nih! Awesome dan cantik kan ? " Seohyun pula berkata.

           " Nae! Its Awesome and beautfiul! Kau nak beli ke baju nih ? " aku mengangkat kening.

           " Mestilah nak beli! Tapi tak cukup duitlah . " Seohyun membuat mimik sedih.

           " Don't worry my dear, kau boleh pinjam duit aku . Tapi tak payah bayar balik lah . hehe . " kata Tiffany.

           Tiffany ialah anak orang kaya. Apa-apa yang dia nak, mesti appanya akan bagi . Termasuklah aku dan Seohyun. Tapi aku dan Seohyun malu - malu jea hehe . Kalau bukan appanya , mungkin kami tidak duduk serumah . Omma dan appaku telah meninggal dunia kerana accident . Omma dan appa Seohyun pula sudah bercerai dan mereka tidak pedulikan langsung pasal Seohyun . Kesiankan. 

           Dan kalau duduk serumah pun takkan aku dan Seohyun nak bersenang lenang, goyang kaki jea kan duduk dekat rumah? Jadi, aku berkerja di salah sebuah salon . Ramai pelanggan lah jugak . Seohyun pulak berkerja sebagai waitress di salah sebuah restoran yang terkenal . Tiffany kata tak payah berkerja sebab semuanya appa dia yang tanggung . Tapi aku dan Seohyun tak nak menyusahkan appa dia. 

           Tiffany pula ada butik sendiri. Kadang-kadang aku dan Seohyun pergi tengok butiknya. Tiffany ada ajak aku dan Seohyun berkerja di butiknya tapi .. tak apa lah . Tiffany memang baik orangnya. Untung siapa dapat dia, dah lah cantik menawan lagi . hahaha. Aku dan Seohyun bertuah dapat kawan macam dia. 

          Eh.

          Bukan bertuah sebab dapat kikis duit appanya ==' Bertuah dapat kawan yang baik macam dia ^^

          " OMG thankyou Tiffany! I really love you as my friend! " kata Seohyun yang berbahasa inggeris. Kadang-kadang kami speaking. hehe .

          " Stop here . Pergilah bayar cepat . " aku pula menyampuk. Yelah, aku nak balik rumah sebab nak cuba semula baju , kasut dan sebagainya yang baru dibeli nih . Sebenarnya dah cuba awal-awal dah tapi kami tak suka cuba macam tuh jea . hahaha.

          " Okay - okay . Biar aku yang bayarkan. Eh wait . Taeyeon , kau tak nak baju tuh ke? Aku boleh bayarkan . " tanya Tiffany kepadaku yang tiba-tiba berhenti.

          " Tak apalah . Aku tak nak menyusahkan kau. Lagipun aku tak nak baju yang sama . xD " aku tergelak kecil selepas berkata begitu.

          " Ceh tak nak baju yang sama konon . hahaha . " Seohyun tergelak kecil juga.

          
          -----------------------------------------

          " Hey, aku nak pergi kerja dah nih . Seohyun, you not going to work today? " tanya aku sebaik sahaja selesai memakai kasut. Tiffany tidak melayan kami sebaliknya menonton televisyen.

          " Yes. Sebab boss aku bagi cuti hari nih. Aku pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba bagi cuti. Ada berita baik untuk dia kot sampai bagi semua perkerja cuti. " terangnya.

          " Oh .. Kalau macam tuh, aku pergi dulu lah . Bye . " 

          Aku melambaikan tangan sebelum pergi ke kerja. Kenapalah mesti kerja hari nih . heh .

          
          Di Salon.

          Seperti biasa, aku termenung kerana tiada pelanggan lagi. Mesti ada pelanggan yang mintak untuk warnakan rambutnya, potong rambutnya, bersihkan rambutnya dan sebagainyalah. Dan yang paling cerewet ialah perempuan. Yang nih tak kena, itu tak kena. Apa yang tak kena tuh pun aku tak tahu -.- Kalau pelanggannya lelaki pulak, tak adalah cerewet mana. Tetapi yang peliknya, bila nak bersihkan rambut atau apa-apa, mesti nak aku. Cer bagi dekat perempuan lain -.- Aku tak suka sangat kalau pelanggannya ialah lelaki lol aku pun tak tahu =='

          " Kring " 

          Aku berhenti mengelamun kerana sudah mengetahui ada pelanggan masuk. Aku memandang pelanggan itu.

         OMG.

         Oh My God.

         WOW! That guy look so awesome and very handsome!!! Aku harap dia akan suruh aku yang buat. Oh God, tolong lah.

         " Hey, please blonde my hair. " kata pemuda itu kepadaku.

         OMG doa aku dimakbulkan! 

         " Oh okay! "

         Aku dengan gembiranya 'mem-blonde'kan rambut dia. Siapa nama mamat handsome nih? Aku nak berkenalan dengan dia! Oh god, tolong lah buat aku berkenalan dengan dia.

         Beberapa minit kemudian.

         " This is the money. Thank you. " dia berbahasa inggeris. Eleh ingat kau sorang aje boleh ber-speaking? aku pun boleh! lol. 

         " Uh .. okay. Please come again .. " dia hanya mengangguk dan terus pergi. tak nak berkenalan dengan aku dulu ke? xD

         Aku memandang ke bawah. Aikk. Beg dompet siapa pulak nih? Aku mengambil dan terus membukanya. Tertera di situ nama 'Sehun' . Sehun? Siapa lelaki yang bernama Sehun nih? Atau Sehun nih ialah lelaki tadi? Oh aku kena cepat dapatkannya sebelum dia jauh .

         Aku terus berlari tanpa memberitahu kawan kerja aku dulu. Hish mamat nih pun satu. Macam mana lah dia boleh cuai sampai beg dompet boleh terjatuh tanpa pengetahuan dia? Hish. Lama kelamaan itu, baru aku dapat lihat bayangnya. Nasib tak jauh lagi.

         " Encik! Encik! Sehun! " dia menoleh ke belakang. Panggil nama baru toleh . Malas lah aku nak panggil dia 'Encik' =.=

         " Yes, kenapa? " kedua-dua belah tanganku memegang lutut. Aku mengambil nafas sebentar. Penat? Mestilah .

         " Nih. Beg dompet awak . Tercicir tadi. Nasib saya nampak dan nasib awak tak jauh lagi . " aku menghulurkan beg dompet itu kepadanya.

         " Oh, terima kasih ... ? " dia mengangkat kening. oh tahu sudah .

         " Taeyeon. " aku tersenyum. Akhirnya dia tahu jugak nama aku.

         " Oh okay. Er .. awak nak apa-apa sebagai balasan ? "

         " Eh tak payah susah susah. Perkara kecik aje pun . " aku tersengih di hadapannya. Dia nih, perkara kecik pun nak suruh aku mintak apa-apa sebagai balasan ==' 

         " Okay kalau macam tuh, saya pergi dulu yea Tae .. Tae apa tadi ? " aku berkerut sebentar.

         " Err .. Taeyeon. " 

         " Okay bye Taeyeon. " dia melambaikan tangan ke arahku. Lama kelamaan bayangnya tidak kelihatan. Baru aje sekejap tadi bagitahu nama, dah lupa -.- lantak lah di situ. Yang penting dia dah tahu nama aku . Heeee . Aku terus berjalan pergi ke salon semula untuk berkerja seperti biasa.



-------------------------------------------------------

         Aku terus duduk di atas sofa. Aku mengurut-urut kakiku yang lenguh. Dekat salon tadi tak sempat pun nak duduk. Ramai pelanggan yang datang. Pelik betul . Tak pernah - pernah pulak ramai yang datang. Sebelum nih memang lah ramai jugak yang datang, tapi hari nih memang ramai yang serbu salon tadi. Ah lantak di situ. 

         " Tiffany! Taeyeon! " namaku dan nama Tiffany di seru. Eh Seohyun keluar ke? Tak tahu pulak aku ._."

         " Yes, why ? " aku memandang Seohyun yang gembira tak terkata dari tadi.

         " Mana Tiffany ? Aku nak cerita tentang sesuatu nih . " 

         " Ada dekat dapur . Cerita apa? cerita lah dekat aku dulu, aku nak dengar nih . "

         " Tadi kan .. omg aku jumpa dengan mamat handsome! Memang handsome gila-gila! Kalau kau tengok, mesti kau pun akan tergoda! " katanya dengan teruja. Mamat handsome mana lah pulak nih =.=

         " Handsome sangat ke? " 

         " Yea! Nama dia .. " ayatnya tergantung.

         " Nama dia .. ? " aku membuat gaya tangan.

         " Eh aku terlupa lah nak tanya nama dia! Ermm. " aku mengeluh. muka yang gembira tak terkata tadi, berubah kepada sedih dah. Memang handsome sangat ke? Kalau aku, aku akan cakap Sehun yang paling handsome. Hehe.

         " Dah dah tak payah lah kecewa. Eh macam mana kau boleh jumpa dengan dia? " tanyaku.

         " Aku terjumpa dengan satu dompet nih . Aku baru aje nak bukak dan mamat tuh dah ambil. Dia perasan kot dompet dia tercicir. " aku berkerut sebentar.

         Dompet tercicir? Sehun pun sama tadi. Takkanlah orang yang Seohyun jumpa nih .. Sehun? Eh tak mungkin. Kebetulan aje nih.

         " Kau jumpa dia dekat mana? "

         " Dekat taman. Aku saja-saja datang ke situ sebab nak tenangkan fikiran kejap. Last last boleh jumpa dengan mamat handsome tuh. haha . " dia tergelak kecil. Tiada rasa lawak di situ bagi aku. 

         " Lain kali kalau jumpa dengan dia, kau tanyalah nama dia. "

         " Yelah, memang tuhlah perkara pertama yang aku akan buat kalau terjumpa dengan dia. Tapi kenapa pulak kau beria suruh aku tanya nama dia? " dia mengangkat kening sebelah.

         " Lah . Kau yang nak tahu sangat nama dia. "

         " Memang lah, tapi kau macam suka dia jea .. " aku mengeluh.

         " Tengok muka pun tak lagi, macam mana aku nak suka dia -.-  Lagipun, aku dah suka orang lain .." 

         " Eh yeke? Siapa? " 

         Aku bagitahu dia nih pun bukannya dia kenal . Heshh =,=' Tak apalah, aku ceritakan apa yang berlaku tadi.

         " Cerita nih pun sama macam kau jugak, dia tercicir dompetnya. Mula-mula aku ingat siapatah sebab aku tengok ada nama 'Sehun' dalam dompet tuh. Aku pun pikir, nih mesti lelaki tadi. Aku cepat-cepat dapatkan dia. Nasib tak jauh lagi. Lepastuh dia tanya nama aku. Aku jawab ajelah. Hee. Tapi baru beberapa minit tuh, dia dah lupa nama aku -.- aku pelik jugak ._. erm ._. " terangku panjang lebar kepada Seohyun yang setia mendengar. 

        " Ohh .. " dia mengangguk perlahan .

        " Eh korang nih. Sembang tak ajak. " tiba-tiba datang satu suara. Ia adalah suara Tiffany. Dah habis cerita, baru nak datang . haha .

        " Kau tuh, aku panggil tak menyahut pun. " 

        " Aku bercakap dengan appa tadi. Mana boleh pergi macam tuh aje . Eh apa yang korang sembangkan? Aku nak tahu jugak. " aku mengeluh.

        Kami terpaksa menceritakan semula apa yang terjadi pada aku dan Seohyun. Tiffany hanya mengangguk mendengar cerita kami. Si Seohyun nih teruja sangat ceritakan pasal hal tadi. Aku cerita pun tak adalah teruja macam dia nih. Dah sah-sah perempuan nih dah jatuh cinta dekat mamat tuh. Kalau aku tengok muka mamat tuh pun, aku still akan cakap Sehun jugak yang handsome. Hehe.

        " Eh aku pun ada jumpa dengan mamat nih . Dia tercicir dompet dia jugak . Sama macam cerita korang. Tapi aku tak tahu nama dia. Yang penting dia handsome. Heh . " Tiffany tersengih.

        Asal Tiffany pun sama? Kebetulan aje kot. Tapi macam bukan kebetulan . Macam memang ditakdirkan. Atau mamat handsome yang diorang cakapkan tuh ialah .. Sehun? Eh tak mungkin! Takkan lah Sehun kot? Tapi diorang kan tak tahu nama lelaki tuh, jadi bukan Sehun rasanya. Lelaki tuh macam tak bagi Seohyun bukak dompet dia, tapi aku standard aje bukak. So, orang lain lah rasanya. Sama jugak dengan Tiffany tuh.

       " Kalau aku jumpa mamat tuh lagi, aku nak tanya nama dia. " kata Tiffany.

       " Aku pun sama! Aku nak kenal dia dengan rapat lagi ~ hehe. " Seohyun pula menyampuk.

       " Suka hati korang lah ~ Aku dah tahu nama mamat yang aku jumpa tadi . " sambungku pula.

       " Suka lah tuh laki yang kau jumpa tuh tahu nama kau ~ " Tiffany pula berkata.

       " Boleh lah. Dia pun tahu nama aku ~ Harap dia ingat nama aku . hee . " aku tersengih.

   

-------------------------------------------------------
        

        Sekali sekala, kami pergi bersiar-siar di taman untuk menenangkan fikiran. Aku memang suka pergi ke taman nih. Taman nih macam .. entah lah. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Memang menangkan jiwa lah. Ramai yang pergi taman nih. Taman nih memang popular. Hahaha.

        " Jom duduk dekat bangku sana tuh. I'm tired. " rungut Seohyun. 

        " Okay. " jawabku dan Tiffany serentak.

        Kami bertiga melabuhkan punggung di atas bangku yang Seohyun maksudkan tadi. Sesekali, ada ramai jugak lelaki yang handsome lalu lalang di hadapan kami. Kitaorang cantik sangat kot? Haha. Aku pantang tengok lelaki yang handsome. Mesti tersuka jugak. Sama ajelah dengan Tiffany dan Seohyun nih . Hehe . Aku memandang ke hadapan .

        Eh?

        Macam kenal aje lelaki tuh? 

        Itu kan ..

        " Ha , itulah mamat yang aku jumpa semalam ! " aku, Tiffany dan Seohyun berkata serentak. 

        Masing-masing terkejut. Aku turut terkejut jugak. Apa? Sehun adalah lelaki sama yang Tiffany dan Seohyun jumpa? Jadi betul lah sangkaan aku . Memang betul Sehun adalah lelaki yang Tiffany dan Seohyun makdsudkan. Tak akan lah? Hish. Mesti jadi masalah lepas nih.

        " Eh itu ke lelaki yang kau jumpa semalam Taeyeon, Tiffany?? " soal Seohyun dengan muka yang sedikit tak percaya.

        " Memang itulah lelaki yang aku jumpa semalam . " aku menjawab. Tiffany hanya mengangguk.

        " Patutlah sama cerita. Dan nama dia Sehun eak .. ? So .. he's mine .. Hehe " Seohyun tersengih.

        Mana boleh Sehun, Seohyun yang punya. Tak boleh!

        " Kau mimpi apa Seohyun ? He's mine ! " Tiffany membantah. Aku hanya mendiamkan diri.

        " Eh no no no ..! Dia aku punya lah! Nama dia sama huruf dengan aku . Jadi dia memang aku punya dan aku memang sesuai dengan dia ! " Seohyun membalas. 

        Hek'eleh. Mentang-mentang nama huruf sama, jadi Sehun, Seohyun yang punya lah? No no no ~

        " Eh eh ! Excuse me ! Siapa yang tahu nama dia dulu ? Siapa yang Sehun tahu nama antara kita bertiga dulu ? Aku kan ? So .. he's mine ! Not your's! " aku yang mendiamkan diri tadi, mula membantah.

        " Ah .. tak ada , tak ada ! Sehun aku punya ! Keputusan muktamad ! " Seohyun menyampuk pula.

        " Mana adil ! Dia aku punya ! " kata Tiffany yang meninggikan suara sedikit.

        OMG ramai yang dah palingkan muka ke arah kami. Aku memang sukakan Sehun, tapi tak nak lah sampai kena bergaduh macam nih untuk dapatkan Sehun. Macam budak kecik aje. Dah lah gaduh dekat taman. Public okay public . Bergaduh sebab Sehun? Macam tak masuk akal. Dulu kami bertiga tak macam nih pun. Sehun lain daripada lelaki yang lain kot? Sebab tuh boleh gaduh nih.

         " Hei korang berdua nih melebih pulak. Aku yang minat Sehun pun tak ada lah nak gaduh macam korang. Malu lah sikit korang. Ramai yang memandang. Ini public okay. Kalau nak bergaduh sebab Sehun pun, dekat rumah lah. " aku cuba meredakan perbalahan bertikam mulut antara mereka berdua nih. 

         " Ceh, yang kau beria kata 'Sehun is mine' tadi apa ? Kau pun suka Sehun jugakkan ? Tapi tak suka Sehun lagi bagus . " marah Seohyun.

         " Betul tuh! Dan kau Seohyun, lagi bagus jugak kalau kau tak suka Sehun . " sambung Tiffany pula.

         Eh eh nih dah melampau dah nih. Diorang nih tak tahu malu betul lah -__- Aku malu? Of course lah . Ramai yang tengah tengok sekarang nih. Entah-entah Sehun pun tengok. Mesti dia malu jugak sebab aku, Tiffany dan Seohyun bergaduh sebab dia. Huh.

         " Ewah ewah . Senang aje kau cakap . Dah lah . Malas aku nak bertikam lidah dengan kau . Baik aku pergi dari sini . Malu orang ramai tengok . " kata Tiffany. Sedar pun .

         " Masa bila aku dan kau bertikam lidah ?? Ada aku pegang pisau ke ?? " soal Seohyun. Dia bercakap dengan kuat menyebabkan ramai orang boleh mendengar. Kedengaran suara orang gelak. Tiffany turut gelak jugak. Aku mahu gelak jugak tapi, kesihan. Seohyun hanya berkerut. 

         Ish.

         Seohyun nih buat malu aje -__- Dia nih lurus bendul jugak orangnya -_- Makna bertikam lidah pun tak tahu -_- Dia nih kena belajar lagi lah . Hahaha .

          " Maksud bertikam lidah pun tak tahu . Ada hati nak suka dekat Sehun . Huh . " Tiffany menjeling Seohyun. 

          " Hoi apa kena korang nih ?? Bergaduh sebab aku ? " satu suara datang dengan tiba-tiba. Kami bertiga memalingkan muka ke arah wajah pemilik suara itu. Dan orang itu adalah Sehun. Ha, Sehun?!

          " Korang nih dah kemaruk sangat ke dengan aku ?? Macam nih lah, sebenarnya aku .. " ayat Sehun tidak dapat diteruskan kerana Seohyun sudah menyampuk.

          " Eh, awak Sehun. Nih ha. Merek berdua nih. Kata awak nih akan jadi milik diorang. Tapi awak milik saya kan ~ " kata Seohyun sambil memeluk erat lengan Sehun. Dahinya berkerut. 

          " Tak tahu malu betul lah kau nih Seohyun! Sehun aku punya lah! Kan Sehun kann ~ " sambung Tiffany pula. Dia memeluk erat sebelah lagi lengan Sehun.

          " Lepaskan lah . Saya ada something nak bagitahu nih. Dengar lah dulu! Saya sebenarnya .. " ayat Sehun tidak dapat diteruskan juga.

          " Sebenarnya awak sukakan saya kan, Sehun ?? Nih si Seohyun nih perasan yang awak suka dekat dia. Boleh blah lah ~ " Tiffany menjeling ke arah Seohyun. Dari tadi aku hanya mampu mendiamkan diri. 

          " Ah sudah lah! " Sehun cuba melepaskan kedua-dua lengannya yang dipeluk oleh Tiffany dan Seohyun. Cubaan itu berjaya dan dia terus meninggalkan tempat itu.

          " Huh ~ " kata Tiffany lalu beredar dari situ juga.

          " Hoi Tiffany! Tunggu kau! Kita selesaikan di rumah nanti! " jerit Seohyun. Dia pun meninggalkanku seorang di sini.

          Ini dah kes berat. Orang ramai yang berkumpul menyaksikan 'pergaduhan bertikam lidah' pun takut nak redakan. Sehun pun tak mampu. Aku hanya mendiamkan diri saja dari tadi. Bergaduh hanya disebabkan oleh seorang lelaki? Dan orang itu adalah Sehun? Huh, gila betul .



----------------------------------------------------------------


           Aku membuka pintu. Aku terkejut melihat Tiffany dan Seohyun sedang bergaduh lagi. Hish, tak habis - habis lagi ke ?? -__- Sehun aje pun, bukan Sehun yang dalam group Exo K tuh . Kalau Sehun yang dalam Exo K tuh mungkin aku akan join sekali diorang nih bertikam lidah. Hahaha .

           " Sudah sudah lah tuh korang nih . Tak penat ke? " aku mula meredakan pergaduhan mereka yang tak henti - henti dari tadi .

           " Seohyun nih ha . Tak nak mengaku kalah . Dah aku kata Sehun milik aku, jadi dia milik aku lah! " Tiffany menjawab.

           " Eh sepatutnya kau yang mengaku kalah , bukannya aku okay . Dan forever Sehun aku punya! " Seohyun membalas. aku mendengus geram. Tak nak mengaku kalah jugak diorang nih. Hmmm .

           " Kenapa aku pulak yang kena mengaku kalah ? Kau lah sepatutnya ! " 

           Loceng rumah berbunyi. Kami bertiga memandang ke arah pintu. Seohyun dan Tiffany tidak mempedulikan itu dan meneruskan pergaduhan mereka. Aku menuju ke arah pintu. Tombol pintuku pegang dan dipulas terus. Kelihatan seorang perempuan yang tinggi lagi dari aku. Maklumlah, aku nih kan pendek aje. 

           " Saya jiran dari sebelah. Tujuan saya datang ke rumah awak sebab nak bagi tteokbokki nih. " kata perempuan yang berada di hadapanku ini.

           " Oh gomawo . " balasku. Tiba-tiba saja, dahinya berkerut.

           " Eh kenapa dengan mereka berdua tuh ? Sampai tarik - tarik rambut tuh ? " ayat yang baru saja keluar dari perempuan itu membuatkan aku terkejut. Tarik - tarik rambut? Aku terus memandang ke belakang. OMG.

           " Hei apa korang nih! Sampai tarik - tarik rambut nih ?? " aku cuba meredakan mereka berdua. tteokbokki yang aku pegang tadi, sudah berada di atas meja.

           " Tiffany nih lah! Tak nak mengaku kalah! " jawab Seohyun.

           " Apa pulak aku! Kau lah ! Kau yang tak nak mengaku kalah! " tengking Tiffany.

           " Stop lah! Jangan jadi bodoh hanya disebabkan seorang lelaki saja okay? Sehun pulak tuh! " aku  meninggikan suara.

           " Kena ... " ayat Seohyun tidak dapat diteruskan kerana perempuan yang mengaku sebagai jiranku tadi, menyampuk.

           " Sorry menyampuk. Tapi awak tengah cakapkan Sehun yang mana nih? Yang selalu tercicir dia punya dompet ke? " kata perempuan itu.

           Kami bertiga tersentak. Dia nih kenal ke Sehun? Adegan 'tarik - tarik rambut' tadi berhenti seketika.

           " Apa hubungan awak dengan Sehun ?? " tanya Tiffany. Dahinya berkerut.

           " Oh kalau Sehun tuh, saya sebenarnya kawan dia. Dan awak bergaduh dengan dia nih sebab Sehun ? " soal perempuan itu.

           " Kalau ya , kenapa pula ? " tanya Seohyun pula.

           " Sia - sia aje korang bergaduh sebab dia . " jawab perempuan itu. Dahi Tiffany dan Seohyun berkerut. Termasuk aku. Sia - sia ?

           " Kenapa pula ? " soal Seohyun. Aku mendiamkan diri dan setia mendengar apa yang hendak perempuan itu sampaikan.

           " Kalau saya bagitahu awak semua nih, jangan bagitahu sesiapa dan jangan kecik hati tau? " sambung perempuan itu. Kami bertiga mengangguk.

           " Sebenarnya Sehun tuh .. nyanyok dan .. hmm . Gay . " kata perempuan itu.

           " OH "

           " MY "

           " GOD. "

           Ayat itu selang seli kami berkata. Oh My God. Sehun ialah g.. gay?? Muka handsome macam tuh .. gay ?? Mahu pengsan aku dibuatnya. Macam tak boleh dipercaya aja. Muka handsome macam tuh ialah gay ? gay .. ? Huh . Omelku dalam hati . Aku, Tiffany dan Seohyun kaku di situ. Mata kami tidak berkelip dan mulut ternganga luas. 

           " Betul . Dan Luhan ialah pasangan dia. Okay kalau macam tuh, saya pergi dulu yea. Ingat yea, jangan bagitahu sesiapa pun tentang hal ini . Okay bye . " dia beredar dan terus menutup pintu sekali. 

            Kami bertiga kaku di situ. Ya. Tidak boleh bergerak. 



            3 Bulan Kemudian 

            " Kau kata pergi date dengan Chen hari nih ? " soalku kepada Seohyun. Chen adalah teman lelakinya.

            " Dia kata tak jadi hari nih. So, dia tukarkan kepada esok. " jawab Seohyun.

            " Tiffany . " aku memanggilnya.

            " Hmm ? " aku tersengih.

            " Kau ingat tak masa kau bergaduh dengan Seohyun sebab berebutkan Sehun tuh? Aku memang suka Sehun tapi, tak bergaduh mana dengan korang. Hahaha. Lawak kan time tuh ? " aku mengenang semula perkara yang pernah terjadi dahulu .

            " Mestilah aku ingat kan Seohyun? Hahaha , memang lawak betul time tuh. Yang paling lawaknya ialah masa tahu yang Sehun ialah gay . Hahaha xD " gelak Tiffany.

            " Yes! Aku ingat lagi. Hahaha, memang lawak gila lah. Pengalaman tuh takkan buat aku lupa kot xD " Seohyun tersengih.

            " Hahaha . tapi apa yang penting persahabatan kita takkan ke mana. lol haha . Korang berdua lah bestfriends aku. Terima kasih sebab dah jadi kawan aku . " kataku. 

            " Yes, persahabatan kita takkan ke mana punya! Hehe. " sambung Tiffany pula. Seohyun hanya tersengih. Kami bertiga berpelukkan . Semoga persahabatan kita kekal yea? Dan semoga aku dapat lelaki yang lebih baik daripada Sehun tuh. Hee .

            Dan akhir sekali, persahabatan kita takkan ke mana . ;~;
Mintak maaf banyak - banyak okay kepada bini - bini Sehun dan Luhan xD dia gay dalam cerita nih aje, real tak xD  sekali lagi mintak maaf banyak-banyak xD

4 comments: